Saturday 15 October 2016

Film Review: Miss Peregrine's Home For Peculiar Children



Poster

MISS PEREGRINE'S HOME FOR PECULIAR CHILDREN sebuah filem genre fantasi dari negara Amerika yang diarahkan oleh Tim Burton. Kalau korang tahu, director filem ni juga telah mengarah beberapa filem hebat like 'Charlie And The Chocolate Factory' & 'Alice in Wonderland'. Filem ni dahpun keluar kat Malaysia, so Kit ambil kesempatan nak tengok cerita ni sebab Kit sangatlah gemarkan filem ber'genre' fantasi. Kit akan review filem ni supaya nanti korang bolehlah pergi tengok sendiri dan mula isikan minda korang dengan 'dunia baru' ni okay?

Kit akan introduce dulu cerita ni.

First, filem ni sebenarnya diadaptasi dari sebuah novel coretan Ransom Riggs yang telah diterbitkan pada tahun 2011. Novel ni menjadi novel New York Times bestseller! Tepuk sikit. Proses filming was began in February 2015 and telah released di United State pada 30 September by 20th Century Fox.

Next, nak kenal barisan pelakon dia tak? Of course nak! *exited* ^_^

Hasil carian imej untuk eva green miss peregrine's home
Miss Peregrine
Eva Green telah memegang watak sebagai pengetua bagi 'Home For Peculiar Children'. Miss Peregrine boleh menjelmakan diri sebagai seekor burung iaitu 'Peregrine Falcon' dan boleh manipulate masa. Watak yang mungkin digemari oleh orang ramai kerana sangat mengambil berat terhadap budak ajaib. 

Hasil carian imej untuk eva green miss peregrine's home
Jacob Portman 'Jake'

Asa Butterfield memegang watak sebagai Jake iaitu remaja Amerika yang melawat 'Home For Peculiar Children' kerana telah berjanji untuk menjaga Peculiar Children dari Hollows. Jake telah mewarisi kuasa ajaib dari atuknya 'Abe' iaitu dapat melihat makhluk jahat Hallows yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. 

Hasil carian imej untuk eva green miss peregrine's home
Emma Bloom

Ella Purnell watak sebagai Emma Bloom boleh manipulate air and boleh buat liquid bubles. Emma lebih ringan daripada angin, dia pakai kasut yang berat supaya tidak terapung. Emma telah jatuh cinta dengan Abe pada tahun 1940s dan pada tahun 2016, dia juga telah jatuh cinta dengan Jake. Haaa, semua dah pelikkan? Tak akanlah Emma ni tak tua. So, inilah misteri yang harus anda bongkar. 

Hasil carian imej untuk eva green miss peregrine's home
Olive

Lauren McCrostie as Olive Abroholos Elephanta watak yang menarik juga sebab tangan dia boleh mengeluarkan api tanpa disuruh. Sebab api ditangan dia tidak boleh dikawal, Olive mesti pakai sarung tangan hitam kalis api. Haa! Antara watak tercantik juga dia ni dan dia telah jatuh cinta dengan Enoch O'Connor iantu watak yang boleh hidupkan benda mati dengan memberikan jantung kepada si 'mati'. Adakah Enoch menerima cinta dari Olive? Haa, tengoklah sendiri! Wek! Wek! Haha, Enoch ni kuat cemburu tau. Enoch juga merupakan watak yang kacak dan seseorang telah membuatkan Enoch cemburu tau, siapa berani buat macam tu?  Bongkar sendiri! Banyak persoalan tak? HAHA.

Okay, diatas antara watak-watak utama dalam filem ini. Ada banyak lagi sebenarnya, tapi tak penting pun. Kalau nak tahu jugak, pergi cinema okay? Dengan gembiranya korang dapat tahu pelbagai lagi watak menarik dalam filem ni. Ada kembar, budak kuat, mulut untuk makan di belakang kepala kalau korang tengok trailer dia dan lain-lain lagi.

So now, Kit akan start review filem hebat ni! Eceh. ^.^ [Spoiler Alert]

Jake seorang budak remaja yang telah diwariskan kuasa untuk melihat makhluk Hollows dari atuknya bernama Abe. Mereka sangat rapat, setiap malam masa Jake kecil. Abe akan cerita mengenai sebuah rumah budak ajaib yang terletak di satu tempat. Time kecil, Jake percaya bulat-bulat kata atuknya tetapi ditentang oleh kedua ibu-bapa Jake. Bila dah besar sikit Jake ni, barulah dia sedar semua tu karut dan sikit demi sikit tidak mempercayai kata-kata atuknya ketika dahulu. Dan satu tragedi telah mengubah minda Jake untuk terus mencari Home For Peculiar Children ni. Starting dia agak menarik sebab dia introduce watak utama cerita ni dengan lebih mendalam.

Time Kit dengan kawan Kit tengok filem ni, kitaorang tergelak bila tengok muka Jake ni sebab muka dia iras-iras schoolmates kitaorang. Dah lama sikit jalan cerita dia, barulah Kit boleh start focus dan sedaya upaya tahan dari gelak. HAHA

Cerita mula menarik bila Jake dengan ayah dia pergi satu pulau atas permintaannya selepas diizinkan oleh pakar sakit mental. Jake mental ke sebenarnya? Shhh. Tengok sendiri okay? Cari punya cari diapun jumpa rumah budak ajaib tu. Tapi, rumah tu dah usang dan sudah ditinggalkan. Bayangkan, rumah tu wujud tahun 1940s and Jake datang pada tahun 2016! Memang usanglah kan, kepala dia dah start fikir ini semua penipuan semata-mata. Tapi, takkanlah nak mengalah macam tu jekan, Jake nipun masuklah rumah tu and pup! Haa, apa yang Jake jumpa? Suspen tak? Haha. 

Cerita ni banyak kaitan dengan masa. Kalau korang tak focus dari awal cerita memang susah nak faham. Kalau korang tengok watak Miss Peregrine tu, kuasa dia manipulate masa. Macam kawan Kit, dia tak baca subtitle sebab alasan dia tak nak miss scene best. Jadi, dia tak faham the whole story. Kit kenalah cerita balik dari mula sampai habis lepas wayang tamat. Fuhh. So, sesiapa yang tak faham sangat dengan english ni mohon baca subtile. 

Filem ni jugak ada selitkan sikit scene romantic. Thumbs up! Sambil-sambil tengah perang pun boleh ada luahan perasan. Cia Cia Cia. Ada satu scene yang terlebih romantic telah menyebabkan satu pawagam heboh. Kit gelak lah apa lagi! Tapi masih lagi boleh ditonton oleh kanak-kanak bawah umur okay. Not to bad! Biasalah kan cerita Hollywood, mesti ada scene yang gitu-gitu. Kalau faham, faham. Tak faham sudah! Haha. Tak adalah orang yang obses dengan cerita cinta bosan bila tengok filem ni. Ha, kalau nak tau apa yang romantic sangat. Meh berjemaah datang pawagam.

Kit suggest cerita ni untuk dewasa sebab satu, fasal banyak kaitan dengan masa. Kalau budak-budak tengok. Takut tak faham pulakkan, then cakap cerita tak best. Cerita dia best cuma yang tak faham jalan cerita tu yang cakap bosan! Like my sec brother, dia cakap cerita tu bosan sampai tertidur-tidur kat pawagam. My fisrt brother pulak cakap best, ahhh. Finally, ada jugak yang memahami. Untuk kanak-kanak pun okay jugak sebenarnya sebab banyak kuasa yang dimainkan oleh children. Tajukpun ada perkataan 'children' kan? So, golongan dewasa, remaja and children boleh tonton filem ni! 

Ahh! Kit nak bagitahu scene favorite.

Hasil carian imej untuk enoch o'connor peculiar children

Ha, ni diantara salah satu kuasa budak ajaib iaitu boleh mengeluarkan cerita dari dalam mimpi. Kemungkinan besar mimpinya boleh jadi realiti. Ala-ala tengah tengok televisyen lah diaorang ni. Setiap malam mereka duduk berkumpul untuk tengok masa depan yang bakal berlaku. Tetiba keluar satu cerita diantara diaorang. Dan semua budak ajaib tu tak berkedip sebab nak tengok cerita sampai habis. Pasal siapa? Tengok sendiri. Berapa kali ulang dah ni. HAHA. Bila satu scene tuh makin menarik, dan.. Miss Peregrine terus padam mimpi budak ajaib its mean hentikan ceritalah lah. Budak ajaib semua merungut tak puas hati. HAHA. Comel je. And siapa sangka mimpi tu jadi kenyataan. Auuu.

Peculiar Children ni akhirnya diserang oleh sekumpulan orang jahat yang juga merupakan golongan yang punya kuasa ajaib. Tetapi mereka semua sudah dewasa berbanding budak-budak tu. Mereka ialah 'The Wights' dengan 'Hollows'. Apa yang mereka nak dari budak ajaib tu? Hal ni menyebabkan budak-budak tu mesti bertindak sendiri. Mana pergi Miss Peregrine? Haduh, saat genting macam ni dia tiada! Apa dah jadi? The Wights yang telah mengawal Hollows iaitu makhluk yang tidak boleh dilihat selain The Wights dan Jake telah ditugaskan untuk membuat sesuatu kepada mereka. Adakah kuasa ajaib Jake telah menyelamatkan atau telah menerukkan keadaan budak ajaib. Peculiar Children mesti selamat! Semuanya di tangan Jake sendiri untuk menepati janji yang telah diwariskan.

Ha, belah kiri Peculiar Children and belah kanan The Wights. Smart ahh poster yang satu ni! Aummm.

Hasil carian imej untuk enoch o'connor peculiar children

Okay that enough. Nak tahu lebih lanjut, jom pergi pawagam terdekat. Overall Kit boleh bagi 8/10. Kira good lah tuh kan. Great lagi. Haaa, so anda ragu-ragu nak tonton filem ni? Jangan nak ragu-ragu lagi, Kit dah sedaya upaya menyiapkan review yang terbaekk untuk anda semua nikmati filem fresh dari barat. Thanks sudi baca blog Kit! sangat menghargai. ^.^

-Kit Love You